Tuesday, October 14, 2008

BNM serbu 4 syarikat

ARKIB : 14/10/2008
-->
BNM serbu 4 syarikat
Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK dan TAN MING WAI
KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.
Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.
BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.
Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.
Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.
Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.
Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.
BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.
“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.
Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.
Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.
Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.
Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.
Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.
“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.
Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.

Friday, March 28, 2008

Layang-layang rangsang ekonomi di ECER

KUALA LUMPUR: Peladangan burung layang-layang dijangka menjadi antara penyumbang utama ekonomi di negeri-negeri Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), dengan Kelantan kini muncul sebagai ladang layang-layang kedua terbesar selepas Perak. Sehingga Jun 2004, terdapat 300 sarang burung di Kelantan, terutama di Kota Baharu, Tumpat, Rantau Panjang dan Pasir Mas. Ladang burung layang-ladang dalam ECER masing-masing terletak di Kampung Air Papan di Mersing, Kuala Besut, Kuala Terengganu, Tok Soboh, dan Kampung Pinang, kesemuanya di Terengganu, serta Rompin dan Pekan di Pahang.
Pengarah Urusan Nespure Birdsnest Sdn Bhd Ng Ching Phock berkata peladangan layang-layang menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk selain menjadi industri yang menjana ekonomi negeri. Nespure Birdsnest yang mempunyai ternakan layang-layang di Kota Baharu, memasarkan produk itu secara langsung di premis syarikat berkenaan selain menjualnya kepada pihak ketiga. “Sarang burung yang diusahakan di peringkat tempatan adalah antara yang terbaik di dunia dari segi kualiti dan mendapat permintaan daripada pasaran antarabangsa, sama ada mentah atau sudah diproses,” kata Ng.
“Di Nespure Birdsnest, pekerja Islam ditugaskan untuk mengutip, membersih dan memproses sarang burung yang berkualiti, menggunakan kaedah tradisional,” katanya. Bio Research Centre (M) Sdn Bhd, sebuah daripada peladang terbesar layang-layang di Perak, juga meneroka peladangan layang-layang di Mersing, Kota Baharu, Kuantan dan Rompin. “Sejak pengeluaran kuantiti pengumpulan sarang burung yang boleh dimakan secara komersial berkembang pada 1998, lebih banyak PKS (perusahaan kecil dan sederhana), tuan-tuan tanah dan pelabur mula menyedari mengenai daya maju kewangan industri peladangan burung layang-layang di Malaysia,” kata Pengarah Urusannya Loke Yeu Loong. Industri peladangan burung layang-layang di Malaysia semakin berkembang sejak lapan tahun lepas, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariat ECER.
Pada akhir 2006, terdapat hampir 36,000 ladang burung layang-layang di seluruh negara dengan kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 35 peratus. Malaysia kini ialah negara pengeluar ketiga terbesar sarang burung yang boleh dimakan, dengan tujuh peratus nilai kasar bekalan, di belakang Indonesia yang menyumbang 60 peratus dan Thailand 20 peratus. - Bernama

Swiftlet Farming To Boost Economy Of ECER States
KUALA LUMPUR, March 28 (Bernama) -- Swiftlet farming is expected to be one of the main contributors to the economy of the East Coast Economic Region (ECER) states with Kelantan now emerging as second largest swiftlet farmer after Perak.As of June 2004, there are 300 birds' nests located in Kelantan, especially in Kota Baharu, Tumpat, Rantau Panjang and Pasir Mas.Other swiftlet farms within the ECER are located at Kampong Air Papan in Mersing, Kuala Besut, Kuala Terengganu, Tok Soboh, and Kampung Pinang, all in Terengganu, and Rompin and Pekan in Pahang.Nespure Birdsnest Sdn Bhd's managing director Ng Ching Phock said swiftlet farming, apart from offering jobs opportunities to the Kelantanese, has also become a new industry to generate the state's economy.With its own outlet and swiftlet farm in Kota Baharu, Nespure Birdsnest markets the birds' nest products directly at its outlet and sells to third parties."Locally harvested birds' nests are among the world's best in quality and are in demand from the international market, either raw or processed," Ng said."At Nespure Birdsnest, Muslim workers are employed to collect, clean, process and select quality birds' nests by using traditional methods," he said.Bio Research Centre (M) Sdn Bhd, one of Perak's largest swiftlet farmers, is also exploring swiftlet farming in Mersing, Kota Baharu, Kuantan and Rompin."Since the production of commercially harvestable quantities of edible birds' nests started to grow in 1998, more and more SME (small and medium enterprise) businessmen, landlords and investors have begun to realise the financial viability of the swiftlet farming industry in Malaysia," said its managing director Loke Yeu Loong.The swiftlet farming industry in Malaysia has been growing by leaps and bounds over the last eight years, said a statement from the ECER secretariat.By end of 2006, there were nearly 36,000 swfitlet farms throughout the country with an average annualised growth rate of 35 percent per year.Malaysia is currently the world's third largest producer of edible birds' nests with seven percent of gross supply value, behind Indonesia at 60 percent and Thailand at 20 percent.-- BERNAMA

Wednesday, January 23, 2008

Berita - Seludup Sarang Burung

Beg Golf Berisis Sarang Burung


Dr Sivanathan menunjukkan beg berisi sarang burung layang-layang yang cuba diseludup keluar oleh dua lelaki tetapi berjaya di kesan di LCCE, Sepang, semalam



KUALA LUMPUR, Selasa 22 Jan.--Taktik dua lelaki untuk melancong ke luar negara bermain golf akhirnya terbongkar setelah mesin pengimbas di lapangan terbang mengimbas barangan yang cuba diseludup keluar. Imbasan terhadap beg mereka termasuk beg kayu golf menemui sarang burung laying;layang bermutu tinggi bernilai kira-kira RM70,000.Penemuan itui hasil kerjasama polis bantuan Malaysia Airport Berhad Terminal Tambang Murah LCCT Sepang dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).


Menurut Pengarah Perundangan dan Penguatkuasaan Perhilitan Dr Sivananthan Elagupillay, pemeriksaan menemui 14 kilogram disyaki sarang burung laying-layang gua (edible-nest swiftlet - aerodramus fuciphagus) bernilai kira-kira RM70,000.


Kedua-dua lelaki terbabit yang berusia 40 an kemudiannya ditahan. Mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang sehingga dihadapkan ke mahkamah 12 Februari depan.


Menurut beliau, penyeludup biasanya menggunakan taktik mengisi sarang burung itu dalam beg pakaian, beg sukan, serta kotak dan diisi dalam plastik hitam.

Malaysia merupakan antara pengeluar terbesar dunia selepas Indonesia serta Thailand dan mendapat permintaan tinggi terutama di China dan Hong Kong.


Sarang burung layang-layang bernilai tinggi di pasaran antarabangsa mencecah sehingga RM 5,000 sekilogram. Bulan lalu, barangan serupa bernilai kira-kira RM 780,000 dirampas di lokasi sama dan lapan lelaki ditahan.Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM 3,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-dua sekali di bawah seksyen 68 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1976, akta 76.